pengikut setia

Wednesday 16 May 2012

cikgu...cikgi...SELAMAT HARI GURU!!

Assalamualaikum............

"cikgu...cikgu dah kawen?"
"cikgu..cikgu tinggal kat mana?"
"umur cikgu berapa?"
"cikgu...birthday cikgu bila?"
"cikgu dah ada anak?"
[erkk...haha]

ha.....inilah soalan-soalan yang aku 'wajib' jawab masa aku jadi guru ganti dulu...[haha]
baru je melangkah masuk kelas..tak sempat duduk pun kadang-kadang..
terus diserbu anak-anak murid aku...
sampai tak sempat nak bernafas kadang..[hehe]
ada soalan-soalan cepu tak berapa cemas depa dok tanya..
macam terbalik pulak..
patutnya aku yang tanya mereka-mereka..[hihi]
apa-apa pun aku sangat enjoy seronok jadi cikgu ni...
masa nilah terasa betapa jadi cikgu tu bukan mudah..
nak didik anak orang..dengan 1001 ragam..
memang menguji kesabaran...
kadang tu nak buat-buat garang..biar mereka ni takut sikit..
tapi...[hampeh je]
belum sempat aku nak marah...
diorang dah buat lawak..gelak-gelak..
tak jadilah cikgu diorang ni nak marah..dah ikut sama gelak..[=D]
ada tu..anak murid aku ni..membebel tak habis-habis..
aku cakap 1..dia cakap 10..
kadang tension tertekan juga aku..
yelah..nak ngajar pun susah..
selalu kena marah..
tapi buat don't know tak tahu je...tak makan saman langsung![yelah..dia makan nasi..hehe]
itulah...diorang ni kadang-kadang buat aku geram..tapi menghibur hati sangat...
best seronok jadi guru ganti ni...
sebab kita akan amat menghargai masa kita yang singkat untuk mengajar...[max 3 bulan je beb..sob3]
betul..masa nilah kita nak buat yang sehabis baik untuk beri yang terbaik untuk anak murid kita...
satu lagi...guru ganti boleh dikatakan versatile atau senang cerita serba boleh..
kenapa??
sebab..dia kena bersedia dan sanggup mengajar apa sahaja pelajaran mengikut guru yang diganti tu..
contohnya..sebelum ini aku mengganti guru PAI..makanya..aku kena la ajar PAI..jadi ustazah la senang cerita..
dan masa mengganti guru kedua pula..
aku kena ajar BM dan KT..
tak kejauh melaut bezanya subjek tu?[hehe]
sampai ustaz kat sekolah tu cakap..
hebat la ustatzah[dia panggil aku ustazah..[=)] ni..semua boleh..[hehe..kembang2]
ha...jangan kembang2...[hehe]
[hmm] inilah pengalaman paling berharga buat aku..
andai diberi peluang..
memang aku nak jadi cikgu sampai bila-bila..
sebab jadi cikgu ini..pada aku perkerjaan paling mulia...
sebab bukan senang nak lahirkan modal insan yang cemerlang didunia dan akhirat..
dan aku sangat-sangat berharap agar aku dapat peluang itu sama macam cikgu-cikgu lain..

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!!!

ada gaya jadi cikgu tak??[hehe]








gelagat anak-anak muridku...
5R + Cikgu Ummi = Selamanya!!
::TERIMA KASIH ALLAH::


Tuesday 15 May 2012

peristiwa NAKBAH


assalamualaikum...
salam ceria buat semua pembaca...[eceh..mcm ramai je yang nak lawat blog ko ni!...]
ahh..tak kira...nak tulis juga![huhu]
okay...sudah-sudah la merepek...
let's straight to the point...
and don't belok-belok...
baiklah...hari ini..aku teringin sangat nak kongsi mengenai satu peristiwa yang telah berlaku genap 62 tahun...
peristiwa ini membabitkan saudara seislam kita di palestin..ia dikenali sebagai NAKBAH...
alangkah sedih dan geram yang bercampur membaca apa yang berlaku pada 64 tahun lalu..
ia bermula dengan bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera ‘The Star of David’ dan pengisytiharan negara haram Israel oleh perdana menteri Israel pertama iaitu David Ben Gurion...
boleh kita bayangkan??
suka-suka hati masuk negara orang...
buat macam negara sendiri...
kemudian rakyat negara itu diusir dan merempat di negara sendiri sehingga sekarang...
sedangkan negara-negara islam yang berjiran dengan palestin tidak mampu berbuat apa seperti terkunci mulut dan terbius perlakuan...[what the fish?]
dan mungkin ramai yang tak tahu..dan ramai yang mungkin dah tahu..


bahawa negara-negara islam yang berkuasa seperti Arab Saudi pada hakikatnya mampu memepertahankan palestin hanya berdiam diri...
nak tahu kenapa?
kerana mereka adalah sekutu Amerika dan Israel..
dan kenapa hal ini berlaku?
kerana kuasa dan kekayaan...
dan ini adalah satu daripada beribu malahan berjuta rancangan dan perancangan Yahudi laknatullah yang berselindung disebalik satu pakatan yang digelar New World Order atau Iluminati...
jika anda pernah menonton rancangan Al-kuliyyah pada 2 jumaat yang lepas...
anda mungkin akan membuka mata bahawa ini semua telah dirancang dengan rapi...
panelis yang dijemput bukanlah calang-calang orang dimana beliau adalah seorang bekas anggota tentera udara Amerika Syarikat...beliau bernama Jerry O Grace...
beliau telah membongkar banyak perkara tentang pakatan PENIPU dunia ini...[nauzubillah!]
aku juga telah mengetahui serba sedikit mengenai pakatan ini semasa mengambil subjek Sejarah Pemikiran sebagai subjek elektif di UKM dulu...
dan ternyata sangkut paut antara satu peristiwa dengan satu peristiwa yang berlaku sama ada di dunia atau di tanah arab telah dirancang dengan rapi...
okay...
secara umumnya..pakatan ini adalah penyembah syaitan dan musuh semua agama didunia...
mereka ingin memusnahkan pegangan manusia terhadap agama dan menginginkan manusia menyembah syaitan atau lebih tepat mengikut dajjal..
secara logiknya...mereka ini sebenarnya mengkaji dan membaca al-quran dan hadis..
kita selalu mendengar atau membaca tentang kehadiran imam mahdi dan nabi isa  dan memipin umat islam untuk menentang dajjal...dan umat [tentera] islam akan menang menentang dajjal...
oleh itu...mereka telah cuba sejak dari dahulu lagi untuk memecah belahkan umat islam agar tidak dapat bersatu menentang dajjal laknatullah...dan pasukan mereka ini bersiap sedai juga sejak dahulu bagi menyambut kedatangan dajjal...
inilah hakikat yang umat islam perlu sedari...dan banyak lagi propaganda2 mereka ini untuk menghancurkan Islam terutamanya...
untuk bacaan lanjut...korang boleh cari banyak artikel mengenai ini di laman sesawang...
banyak bahan bacaan boleh kita peroleh berkaitan pakatan ini..
maka sebagai umat Islam..yang tidak mampu turun ke medan perang berjuang bersama mereka..
doakanlah sepanjang masa dan setiap detik agar palestin bebas dari cengkaman Israel...
kerana DOA itu adalah senjata orang mukmin...dan mendoakan kesejahteraan saudara kita adalah yang terbaik dan disukai oleh Allah...
sekian...sekiranya apa yang aku sebut diatas punyai kesilapan yang aku tidak sedari..makanya sudilah untuk menegur..teguran itu akan membantu aku yang punya banyak kelemahan ini...

:: TERIMA KASIH ALLAH ::

Monday 14 May 2012

hari mak!

assalamualaikum pembuka bicara,
dipagi hari indah selalu;
hari ibu sangat istimewa,
wahai ibu aku sayang padamu!


3 kuntum mawar untuk mak

ha...apa macam pantun yang aku cipta ni?[hehe]
ada bakat tak?..eh...mestilah..bekas pemantun lah katakan..[eceh!]
haa..jangan riak..jangan takbur! itu amalan syaitan..[astaghfirullah!]
okay...sudah la tu...ni nak cerita pasal pantun ke pasal hari ibu?[hmm?]
baiklah...kembali ke topik asal...
seperti mana yang seluruh dunia tahu..
hari ahad lepas adalah sambutan hari ibu bukan setakat di malaysia..namun seluruh dunia...
ya...hari yang sangat istimewa buat semua ibu terutama ibu, mama, mak, mummy, mom, umi dan macam2 lagi gelaran untuk ibu...
dan juga ia hari yang istimewa untuk para anak..
kerana pada hari itu pasti semua yang bergelar anak akan merancang untuk membuat sambutan...
aku pun tak terkecuali...[nak jugak....]
eh..mesti...aku pun ada mak kan??
tapi aku takdelah sambut kat hotel2 mewah ke..
makan2 yang pelik ke...
kalau ajak pun..mesti mak tak nak...
jadinya...aku punyalah fikir nak bagi mak apa kan...
takde idea langsung...tup,tup...
petang sabtu tu adik aku nak pergi pekan banting..
makanya...idea timbul on the sport tiba-tiba..
aku tak pernah belikan mak bunga
apa kata aku bagi bunga fresh segar...
dan mawar telah menjadi pilihan...
kredit untuk adik aku...pandai juga dia pilih bunga...[hehehe]
dan kebetulan..kakak aku pun balik..
maka aku pun minta adik aku belikan KFC untuk hidangan kami sekeluarga malam itu..
wahhhhh...best seronok sangat!!
yang paling terharu mak aku nangis sebak sebab anak dia yang nakal ni belikan bunga...
punyalah aku surprise bagi kejutan pada mak...
sampai nangis beliau..[huk3]
apalah sangat 3 kuntum mawar nak dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan mak untuk aku..
seumur hidup aku berbakti pada mak pun tak akan mampu balas jasa mak dan kasih sayang mak..
mak kita tak nak duit dan kemewahan..
cukuplah sekadar perhatian dan kasih sayang...
apa lagi panggilan untuk mak saban hari..
itulah sebabnya semasa di UKM dulu..
tiap2 malam aku telefon mak...
sebab aku rindu nak dengar suaranya hari2..
dan aku takut itulah kali terakhir aku dengar suara mak..
maka pada sesiapa yang masih punya mak dan tidak tinggal sebumbung dengan mak...
rajin-rajinlah telefon mak...bukan luak sangat pun kredit tu...
apa salahnya buat mak kita tersenyum kan?
apa-apa pun kami sangat gembira malam itu..
dengan keletah anak buah aku lagi...
dan kami akan ingat sampai bila-bila...
untuk kakak aku..
aku belikan tudung 2 serangkai...
1 untuk hari ibu..dan 1 untuk hari jadi dia bulan depan...[hehe]
pandai tak adik dia ni??[=D]
bukan kedekut...
tapi takut masa hari jadi dia aku tak ada duit..
ha...kan senang beli awal...[hehe]
okaylah..sampai sini dulu...
esok-esok sambung lagi...
ha...hari ni nak buat soto...begedil...wahhh..s.e.d.a.p!![=)]
masa batuk2 macam ni nak makan nasi pun macam tak selera..


::TERIMA KASIH ALLAH::

Saturday 12 May 2012

minggu bahagia a.k.a HEAVEN

novel yang tunggu giliran untuk dibaca!
Assalamualaikum!!

ada orang tak??[hehe]..
mestilah ada kan...soalan you cliche sangat!![ouww!][=D]
baiklah...macam biasa...hidup tak ada kerja ni..memang heaven bahagia sangat!!
mana kan tak bahagia..makan..tidur..makan..tonton tv..makan..santai2...[hmmm]..makan saje..[hehe]
tak adalah..hidup macam orang lain juga..tapi yang membezakan antara kita adalah kerja...[ohh..sadis jap..]
minggu ini sahaja aku dapat banyak undangan perkahwinan rakan2 dan teman2..
yang sekampung..yang seperjuangan di UKM..dan tak lupa..yang sedarah daging...
memang full penuh jadual aku tiap minggu...alangkah seronoknya andai tiap minggu tu penuh dengan acara yang membawa duit masyuk...[fuhh!] syurga!!
baiklah...hentikan angan2mu...angan2 takkan berjaya tanpa usaha...right?? betul??
makanya...tahniah buat teman-teman yang akan melangkah ke alam perkahwinan...!!
[jangan tanya aku bila lagi ye...nak kena sekeh??][=P]
dan awal minggu ini aku dapat satu panggilan masyuk...[hehe]
bukanlah [takde maknanya]....aku dapat panggilan dari mak cik aku...
beliau ada tanya2 pada sedara mara dan rakan taulan..
manalah tau ada lowongan2 kerja untuk anak buahnya ni..
dan alhamdulillah...mak [panggilan untuk mak cik] dapat satu lowongan kerja untuk aku...
[huk3]..terharu pulak rasanya...TERIMA KASIH MAK!
ada juga yang caring perihatin pada diri aku ini...
dan ini telah membuka mata aku..bahawa orang2 sekeliling aku amat ambil berat tentang diri aku...[sedih kejap]
dan aku pun dengan senang hati hantar resume pada mak...dan mak akan serah pada saudaranya itu..
makanya EMAK aku adalah orang yang paling gumbira...[haruslah kan]
walaupun tak confirm pasti lagi..
tapi sekurang-kurangnya...ada peluang untuk anak manja beliau ni kerja..amiinnnnnn!
mak aku selalu risau..anaknya tak kerja-kerja lagi...[mak mana yang tak risau!cuba cakap!]
insyaAllah mak...mun akan dapat kerja nanti..sabar ye..[padahal sedih jugak, DUIT MAKIN NIPIS!]
baiklah...sampai sini dulu...setakat ini..
ahhaaa...satu lagi..sekarang tengah buat novelathon..a.k.a..membaca novel tanpa henti...
dan nak tahu apa perkataan yang boleh menggambarkan keadaan itu[membaca novel tanpa henti]?

HEAVEN!!



:: TERIMA KASIH ALLAH ::




Tuesday 8 May 2012

adil dan keadlian..

gambar hiasan oleh ILUVISLAM
assalamualaikum!!!selamat pagi warga Malaysia..semoga dalam rahmat Allah jua...
alhamdulillah...hari ini matahari kembali tersenyum girang...semalam hujan dan mendung sepanjang hari...
semangat pun lemau dan kurang bertenaga...bukankah Allah itu Maha Adil?setiap apa yang Allah beri semalam Allah akan ganti pada hari ini...dan hari ini aku kembali seperti dulu...aku adalah aku...aku yang sukaria..ceria..dan gumbira! tidak dinafikan...entri2 sebelum ini aku masih mencari identiti...kalau entri sebelum ini aku 'berbangga' sebab aku diberi kemudahan dan tidak dibebankan untuk memilih antara dua...tapi inilah kelemahan yang harus akui sebagai hamba yang mendengar dan taat [sami'na wa ato'na]..Allah beri mudah pada hal lain..tapi aku diuji dengan perkara yang lain..bukankan Allah itu maha adil?..dan akhirnya..aku kembali menjadi yang dulu..aku yang hu-ha2..yang selalu cakap macam huru hara..aku tidak mahu dibayangi oleh sesuatu yang aku minati atau kagumi...aku perlu jadi diri sendiri..ini juga salah satu kelemahanku..selalu terikut-ikut akan pesona insan lain...sedangkan aku juga punyai pesona sendiri..yang tiada pada orang lain..ya Allah...tetapkanlah aku pada jalanMu..jangan dipaling lagi iman ini...[amin]..tapi jangan dianggap apa yang aku tulis sebelum ini adalah sia-sia..kerana aku masih mencari dan memperbaiki diri yang serba kekurangan..yang penting...ia masih menjadi kecintaanku sehingga kapan pun!

::TERIMA KASIH ALLAH::

Monday 7 May 2012

dilema..delima

alhamdulillah...bulan mei sudah diminggu kedua..murid-murid sekolah pasti sudah tidak sabar menunggu akhir bulan sebab nak bercuti..[betul tak?][hehe]..tidak kurang juga para guru[2x5 juga!]tidak sabar untuk menikmati cuti selama dua minggu..bagi saya yang masih menanggur [tanam anggur] ini..cuti atau tak..sama saja..tiada beza..tiada apa yang istimewa..[huhu]..
bagi mereka yang lepasan SPM..saat ini adalah penentu masa depan mereka..mereka sedang sibuk menyemak tawaran masuk ke IPT..pilih sama ada matrikulasi atau UPU?..diploma atau tingkatan enam??[ahh!!] semuanya bagus..semuanya berkenan!..saya terimbau kenangan sewaktu lepas SPM dahulu..segala jenis borang diisi [kecuali borang nikah/kahwin][:)]..segala laman web universiti dilawati..hanya inginkan yang terbaik untuk masa depan sendiri..[hmm]..demi mencapai cita-cita sanggup redah apa sahaja..
..alhamdulillah..saya telah menerima tawaran matrikulasi..perasaan pada waktu itu..hanya Allah yang tahu..syukur dan terharu..!dan bercakap mengenai dilema dan pilihan...
saya tidak perlu susah dan berada dalam keadaan yang sukar memilih..saya tidak menerima tawaran lain selain daripada itu..
memang kalau difikirkan..saya antara mereka yang 'bertuah' kerana terus diberi pilihan dan keputusan..mungkin itu juga berdasarkan apa yang saya selalu doa dan pinta..[setiap kali selepas solat]..agar memudahkan saya membuat pilihan..dan diberikan apa yang terbaik untuk saya..alhamdulillah..saya tak perlu keliru..dilema untuk membuat pilihan...dan perjalanan pengajian saya..saya terus dilorongkan kearah yang memang terbaik buat saya..kadang saya terfikir..memang ini yang Allah tentukan buat saya..tiada masa untuk saya menyesal atau mengeluh..jika kita redha..
insyaAllah..segalanya lancar..percayalah..jika kita serahkan segalanya kembali kepada Allah..tiada yang mustahil buatNya!

Sunday 6 May 2012

hanya pada nama

saya amat kagum dengan beliau...walaupun baru memeluk islam dalam beberapa tahun...namun beliau mampu mengucapkan hadis denagn lancar sekali..sedang saya?[hmm]..hanya mampu mendengar [pada waktu itu]..malu menujah dalam diri..malu kerana tidak bisa seperti beliau..sedang islam saya sejak lahir..islam saya adalah warisan dari ayah dan bonda..islam saya yang memang sudah terjamin keislamannya..saya mula muhasabah..ya..saya berhijab..bersolat..mengaji dan membaca al-Quran..namun adakah saya menerapkannya dalam hidup seharian?saya jadi malu pada Allah..pada kekasihnya Rasulullah...malu!!ya...boleh dikatakan hampir semua yang baru memeluk islam..akan mendalaminya sehabis mungkin...sedang kita yang memang tercap sebagai muslim..hanya mengambil ia sebagai mudah..[take things for granted]...hamya mampu mendengar dan menerima..namun kurang memberi..bukankah islam menggalakkan kita untuk lebih memberi dari menerima?? ya Allah...pohon kekuatan..pohon keampunan..saya mahu jadi seperti muslim itu..muslim seluruh jiwa dan raga..muslim dalam setiap aspek kehidupannya..muslim yang bukan hanya pada nama..!

Thursday 3 May 2012

teknologi sering membuat manusia bangga..
bangga kerana mampu menguasai teknologi yang paling terkini..
bangga kerana dengan teknologi mereka dihormati
namun..
tidakkah kita sedar..
semakin canggih sesuatu teknologi itu..
semakin jauh kita dari masyarakat..
semakin kita tidak mengenali jiran sendiri
semakin membuat kita nafsu nafsi
teknologi telah membuat manusia hidup sendiri..
manusia tidak lagi menjengah tetangga
manusia tidak hirau orang sekeliling
tiada lagi tegur sapa dan  manis muka
tiada lagi sapa mesra yang mempesona
manusia hidup bersama teknologi
manusia bercakap melalui teknologi
teknologi kadangkala mengajar manusia untuk menang sendiri
untuk bersendiri dan menyendiri

apa ia salah teknologi??
atau manusia yang semakin buta hati akan amanah ALLAH sebagai khalifah di muka BUMI ini?

Tuesday 1 May 2012

kita semua akan belajar perkara baru setiap hari..
setiap detik malah setiap saat..
semuanya harus kita telan dan hadam
agar menjadi pedoman dan pengajaran
menjadi panduan agar tidak tersilap langkah
dan kerana perkara itu kita juga bisa 
menjadi manusia yang lebih dewasa
menjadi lebih matang untuk menghadapi hari TUA..

tunggu teduh dulu.....

ini kali pertama saya membaca novel yang ditulis oleh beliau...
belum pernah sekali saya menyentuh atau membelek...
namun hari itu tangan saya terus menggapainya dan membayar tanpa banyak kata...
hmm...mungkin juga kecewa sebab tidak dapat mencari novel dari penulis yang diminati..
sekali membuka..membuat hati cukup debar dan tertanya-tanya...
hampir separuh saya sudah bisa mengikut rentaknya..
seolah saya adalah watak utama!...
MAHA BESAR ALLAH!! memberi keistimewaan pada hamba ini yang mempunyai bakat menulis sebegini...
tiada satu ayat ketinggalan..apatah lagi satu ruang perkataan...
semua saya suap..mamah dan telan..
oh!!sungguh manis...sunggug enak..
tiada satu pun yang terkeluar kembali...
diproses dan dihadam sehingga terbawa-bawa di fikiran..
masih segar rasanya...dan rindu pada dua TANAH HARAM turut mencengkam jiwa!!
mana bisa saya merasa rindu yang setebal itu!
MAHA SUCI ALLAH!
mencipta rasa rindu pada yang sepatutnya....
garapannya yang luar biasa...
seolah-olah saya juga berada di sana...
rindu semakin membuak!

saya akan terus mencari karya-karya beliau..
agar dapat memberi inspirasi dan mewarnai hati ini...
sehingga akhir nanti...=)

Link

TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA JEMPUT DATANG LAGI...=)