pengikut setia

Friday 30 November 2012

~khas buat muslimah





Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah
dilahirkannya dengan mulia

SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan 
sejati

Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta


Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati























Tajuk Nasyid : Muslimah
Artis : Nazrey Johani
Album : Permata Hati

Tuesday 27 November 2012

review application~MAHB



 hehehe...nampak tak apa yang aku nampak?? tak nampak? itu tandanya tinggal 3 jumaat je lagi...huhu...eh..takdelah..aku main2 je...nampak tak ni?? kat atas tu...baru je dapat email dari MAHB~!! aww~! baru dapat email review application dari MAHB pun dah seronok...huhuhu..ermmm...kalau dapat email orang nak masuk meminang~?erk....krek..krekk.krek...uhuk3! hahah...*sila abaikan ia
 ^______^  huhuh
ini belum lagi dapat email confirmation kerja...mau kejap lagi lompat tinggi2 sampai atas bumbung...huhu dan sekarang adalah masa untuk aku "jual" semula resume2 aku...bukan jual kat pasar la...maknanya "jual" kat pasaran pekerjaan...bukan senang tau..nak jual resume ni...bukan senang nak laku....hanya yang dah rasa je tau macam mana....hehe...tapi~~! selagi aku masih bernafas dan selagi ada kudrat...aku tak akan putus asa...untuk mencari kerja...Bumi Allah ni luas...rezeki Allah ada dimana-mana...nak atau tak je...bak kata pepatah...hendak seribu daya...tak hendak..seribu dalih....think and think~! =)
dan moga sahaja aku akan tersenarai dalam senarai pendek mereka....Ya Allah..perkenankanlah~!



::TERIMA KASIH ALLAH::

Tuesday 20 November 2012

Mc D ~ Mc Murder


awak..awak..awak....cuba tengok ni....


sanggup ke awak nak makan Mc D ni??sanggup ye awak semua bunuh saudara awak kat Palestin tu? awak tahu tak setiap sen yang awak beli tu akan turut menyumbang pada kehancuran Palestin...awak tak kesian ye  tengok anak-anak kecil dibom? ibu dan ayah kehilangan anak kesayangan mereka? nenek tua kehilangan semua ahli keluarga?...sampai hati awak kan?? sampai hati awak tengok anak kecil ni kena bom??mereka tak berdosa....mereka tak mengerti apa.... 




tak salah pun kalau tak makan Mc D...tak mati pun kalau tak makan Mc D...sibuk sangat nak makan Mc D...bukan berkhasiat pun...dan aku bukan peminat Mc D...dari dulu tak berkenan makan Mc D..dan sampai sekarang ni Alhamdulillah aku hidup...sihat wal-afiat...dan...awak semua boleh jamin ke kalau makan Mc D ni boleh hidup sihat...dan untuk pengetahuan..Mc D ni jugak la yang mengakibatkan anak2 kat Amerika tu hidup tak sihat...obesiti...dan jangka hayat hidup mereka dianggar lebih pendek dari kita...haa...ni pun dah tunjuk yang ia bukan makanan yang baik untuk badan kita...apalagi ia memang menyumbang untuk tentera Yahudi Zionis beli senjata....~! 

fikirlah...tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera....ikut selera binasa~!  

#pray for gaza!#

::TERIMA KASIH ALLAH::

Wednesday 14 November 2012

Do It Yourself~~ bunga kertas tisu.....


haaa.....cube tengok...cantik tak?? ini percubaan pertama buat bunga kertas tisu...heee...masa belek-belek bunga dari rumah kawan kahwin hari tu...tiba-tiba timbul idea...cuba buat bunga ni...alhamdulillah jadi pulaknya...hehee...dengan sebesar-besar kertas tisu tu aku lipat..lepastu gubah sikit...jadilah macam ni....


yang ni...buat kecik sikit...sesuai untuk saiz bunga telur...hee..yang sungut2 dengan daun tu ambik kat bunga telur lain...heee..dah namanya percubaan kan...cekup je lah mana yang dapat...huuu...tunjuk kat mak...mak kata "ha...tu cantik..pandai pun buat"...aku "heheheheh"..dok sengih jelah...dan semangat untuk buat bunga ni dah berkobar-kobar pulak...nak cari kertas bunga kat bantinglah esok~~!...heeeeeeeee..... =)



::TERIMA KASIH ALLAH::

doa akhir tahun...doa awal tahun..``







SELAMAT TAHUN BARU 1434 HIJRAH~!

berhijrah ke arah yang lebih baik~~berazam menjadi yang terbaik~~fokus untuk menjadi solehah~~syurga sebagai matlamat hidup dunia akhirat~~moga sahaja Allah perkenankan~!



Tuesday 13 November 2012

pemilik tulang rusuk~~


aku jumpa gambar ini dilaman muka buku...sekali baca..terus kongsi dan terasa nak kongsi kat sini...hmm..rasa comel je bila baca ini...memang betul..kita jangan terlalu risau dan terdesak untuk mencari pasangan hidup....dan yang paling baik...mengadulah padaNYA...pintalah padaNYA...dan cintailah DIA sepenuh hati..... dengan penuh yakin...DIA akan memberi CINTA dan SANG ARJUNA yang memang untuk kita cintai DUNIA AKHIRAT.... =)

::TERIMA KASIH ALLAH::

Sunday 11 November 2012

the wedding 11.11.12

Assalamualaikum..

Alhamdulillah....hari ini terang sikit...tak ada hujan lebat...sekadar rintik-rintik...segala pujian bagi Allah...walaupun air banjir kembali naik di beberapa tempat di daerah Kuala Langat...namun tiada kejadian buruk yang melibatkan nyawa dikabarkan...sebagai hamba..kita tidak seharus mengeluh dan merungut akan ujian yang Allah beri...dan percayalah...setiap kejadian pasti ada hikmahnya...dam mudah-mudahan ia mampu meningkatkan iman mereka yang diuji...amiiin..
okay...habis bab banjir...sekarang cerita bab kahwin...hari ini menghadiri majilis perkahwinan kawan satu sekolah menengah dulu..alhamdulillah...selamat diijabkabulkan dengan pasangan yang tersayang...dan mudah-mudahan ia berkekalan hingga syurga firdaus...amiinn
dan seperti biasa...kalau pergi majlis kahwin...aku semestinya akan mengikut tema dengan secara tak sengaja!
ohh...semacam ada naluri yang memberitahu bahawa aku harus mengikut tema...dan...sememangnya..aku akan mengikut tema..wallahua'lam..=)


kan....nampak tak warna bunga di pelamin tu? sama dengan warna baju aku...tapi aku memang suka pelamin macam ni..simple,plain but nice....sebab warna latar tu putih..maka terserlah warna baju...nampak kontra..dan terang...tak semak sangat...eh..jadi pengulas pulak...~!=)


si Raidah menanti sang arjuna...ala2 puteri balqis gitu...sekali lagi..pelamin ni cantik..suka~!


dan..haruslah...bergambar dengan pengantin...orang kata ambil berkat...tapi memang  dapat berkat pun...hehe...tQ~!




pabila dua hati bersatu setelah diijabkabul..maka hanya maut dan kehendak Allah sahaja yang mampu memisah mereka...

semoga berbahagia hingga syurga firdaus..bersama permata hati yang soleh solehah..~!

giliran aku??menanti arjuna yang telah Allah cipta untuk diriku persiapkan diri dahulu~~!! =)


::TERIMA KASIH ALLAH::

Link

TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA JEMPUT DATANG LAGI...=)