pengikut setia

Monday, 18 February 2013

boleh pulak lambung2 anak orang....hish!



Harez yang menjadi mangsa dera pembantu rumah.
KUANTAN – Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi, Mohd. Harez Mohd. Zamri berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata, pembantu rumah berusia 24 tahun itu sedang disiasat bagi menentukan tindakan lanjut atas perbuatannya.
“Suspek ditahan sejak 15 Februari lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan,” kata beliau di sini semalam
ya Allah..boleh pulak dia lambung2 baby ni..siap menari-nari lagi...tak sanggup aku nak tengok video tu..memang boleh mendatangkan marah... silap hari bulan kena jual(erk!)....kalau aku jadi hakim memang aku bagi hukuman yang sama macam mana dia buat kat budak tu...baru dia rasa sakit  dan seksanya...tak cukup dengan itu..aku akan minta dia dimandulkan  supaya dia tak lahirkan generasi yang sama perangai dengan dia...huh!..itu pasal la dalam Islam perempuan tak boleh jadi Hakim...sebab hukum guna emosi(adeh!)...sape tak emo baca berita macm ni...lagi2 bab mencederakan anak ni..anak orang plak tu..anak kucing pun aku nak marah tak sampai hati..apa lagi anak orang...heee...geram tau mak!

No comments:

Post a Comment

Link

TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA JEMPUT DATANG LAGI...=)