pengikut setia

Wednesday 15 June 2011

berakhir sudah.

manis yang kurasakan menjalar di segenap ruang deriaku. rasa nyaman terbit dibenak hati. kelembutannya amat menyenangkan. kadangkala terasa sedikit pahit dan asin akibat bendasing yang turut hadir. sepotong kek yang dihadiahkan pensyarahku buat kami semua. terharu dan sebak rasanya. terima kasih DR. MAWAR! nilai sepotong kek yang dihadiahkan tidak mampu untuk dibandingkan dengan ilmu yang dicurahkan.sambil makan kami dihidangkan dengan iringan muzik yang cukup mencengkam jiwa. mutiara jernih menitis perlahan menodai kegebuan pipiku. ini kelas terakhirku sebagai mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia. segalanya kini berakhir. tahun-tahun yang kulalui memberi sejuta kenangan yang mematangkan diri. terima kasih semua. terima kasih teman. terima kasih guru. terima kasih untuk semua yang telah aku lalui sepanjang bergelar mahasiswi. memori terindah bersama teman-teman di perkuliahan sangat mengusik jiwa. tidak perlu memikir tentang kerja. tidak perlu berasa tertekan dengan apa jua cabaran. segalanya dilalui dengan kegembiraan, keseronokan. seperti kanak-kanak riang.seperti anak-anak laskar pelangi. betapa saat dan detik itu pantas berlalu. kini aku akan bergelar graduan. tamat dengan kepujian. bakal menempuh alam pekerjaan yang belum tentu ranjaunya. semoga segalanya dalam redha dan berkah yg ESA..

LASKAR PELANGI (NIDJI)
SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG (IMRAN AJMAIN)

2 comments:

  1. Khodijatul
    selamat untuk perjalanan seterusnya. senang bertemu dan mengenali sdr! sehingga kita berjumpa lagi, insya Allah.

    ReplyDelete
  2. dr Mawar.
    terima kasih atas doa yang diberikan. semoga saya bisa menjadi seperti dr. suatu hari nanti. penulis yang berjaya. saya amat beruntung dapat menimmba ilmu daripada dr. semoga dr. juga akan terus berjaya mendidik anak bangsa. =)

    ReplyDelete

Link

TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA JEMPUT DATANG LAGI...=)